Bonda....
Anak mu ini rindu.
Monday, September 18, 2017
Thursday, August 5, 2010
Ramadhan 1431H Bakal Tiba
Assalamua'alaikum Bonda Sayang,
2 Mei berlalu dengan pantas - sudah 66 hari Bonda tiada bersama kami. Ya ALLAH, rahmati Bonda, agar sentiasa dalam perlindunganMU. Haramkan seksa kubur terhadap Bonda. Tenang & damailah Bonda di alam kubur - bermandikan cahaya yg terang mengilau balikkan amal ibadah yg tak putus2 & tidak jemu2. Senyum & riang menanti hari perhitungan amal.
Ya ALLAH permudahkan laluan Silatulrahim buat Bonda tersayang. Pastikan SYURGA hala tuju yg kekal buat beliau. Ya ALLAH, perkenankan doa kami. Amin.
Bonda yg amat dirindui,
Ramadhan hampir tiba - 6 hari menghampiri. Ya ALLAH, 39 tahun Ramadhan kami rai bersama Bonda tapi tahun ini kami akan kesunyian/ketandusan tanpa belaian manja Bonda. Ya ALLAH beri kami kekuatan... Tetapkan iman kami & teguhkan pendirian kami. Ya ALLAH kau lapangkan masa, keadaan & hati kami sempena kemuliaan Ramadhan yg akan tiba agar segala urusan kami dipermudahkan.
Amin.
Semoga kami yg masih diberi peluang memohon keampunan & mempertingkatkan darjat keimanan hati-hati kami serta sentiasa berkasih sayang dalam iman & amal. Amin. Ya Rabal Alamin.
Anak mu Bonda...

Tuesday, June 1, 2010
Salam Rindu buat Bonda
Assalamua'alaikum Bonda,
ku titip bicara ini buat mu dari kejauhan. Terlalu sukar utk menerima hakikat ini tapi yakinnya kita kepada ALLAH yg Esa - maka setiap saat termampu ALFATIHAH ku hembus buat mu di sana. Doakan kami Bonda - doakan kami; zuriat anak, cucu, cicit keturunanmu kekal dalam Iman & Amal sebagai Muslim/ah hingga ke akhir hayat kami. Batin merintih merayu kepada ALLAH yg Maha Pengasih & Penyayang, izinkan aku mencium, mendakap & bermanja di ribaan Bonda tercinta - suatu masa nanti, di syurga MU yg pasti. Ya ALLAH, kau Maha Mendengar & Melihat - saksikan & perkenankanlah permintaan hamba MU yg hina ini. Amin.

Monday, May 31, 2010
Bonda, Kami Rindu
Subscribe to:
Comments (Atom)